Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 26, 2009

Final Results Rapid Terbuka Perlis 2009

Tahniah kepada Pemenang
Seramai 150 peryertaan menyertai pertandingan Rapid terbuka Perlis 2009
2 categori dipertandingkan Terbuka dan Remaja,Johan untuk categori Remaja disandang oleh Ahmad Zahir Ahmad Zalizan mendapat 6 pts dari Perlis,Juara bagi categori terbuka pula disandang oleh Tan Khai Boon dari Penang yang mendapat 6.5 pts,Naib Juara Chuah Heng Meng Juga dari Penang 6.5 pts dan tempat ke 3 Jatuh kepada Amrie ibni Hajar 6 pts dari Kedah,Dalam Game akhir pertemuan antara khai Boon dan Chuah Heng Meng diakhiri dengan draw..ini memihak kepada Khai Boon bagi menjuarai pertandingan selepas kiraan buch.


Terbuka: Juara Tan khai Boon(Penang),Naib Juara Chuah Heng Meng(Penang)Ke 3 Amrie Ibni Hajar(Kedah)


click the image for larger view

Detail Full Results/Standings & Cross Table: Click Here

More Photos: Click Here



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya dan rakan-rakan yang lain selaku penganjur Kejohanan Catur Rapid Terbuka Perlis 2009 yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari semalam/kelmarin, sabtu 25 April 2009 dengan ini ingin memohon maaf secara terbuka di atas sebarang kesulitan/kekeliruan yang timbul sepanjang kejohanan ini dijalankan sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Sesungguhnya kesilapan dan kekurangan yang timbul adalah di sebabkan oleh kelemahan dan kekurangan pihak kami sendiri. Kami juga sangat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan agar dapat diperbaiki lagi segala kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus dapat kami memperbaiki lagi mutu pengajuran pada masa hadapan. Kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sambutan dan sokongan yang diberikan oleh semua peminat catur di kawasan utara ini terutamanya negeri perlis, kedah dan juga pulau pinang. Tidak lupa juga terima kasih kami kepada pengurusan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera kerana membenarkan kami menggunakan kemudahan sekolah dalam mengajurkan pertandingan ini. Kami mengharapkan sokongan yang berterusan dari semua pihak terutamanya peminat catur di kawasan utara ini agar kami dapat mengajurkan lebih banyak lagi pertandingan catur seperti ini dari masa ke semasa di masa hadapan. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Nazli Johardy,Marzuki & Syed
Persatuan Catur Prestij Perlis(PCPP)

1 comment:

Pak Teh said...

Salam,
Tahniah kerana dapat menganjurkan kejohanan seperti ini.
Saya selaku pemerhati tak bertauliah yang berada di lokasi pada hari tersebut amat berpuashati,cuma pihak penganjur perlulah berhati-hati agar kesilapan yang berlaku itu tidak berulang lagi agar semuanya berpuashati.Bagi saya amat terkilan sekiranya perkara yang sama akan berulang lagi.
Insya Allah saya akan ada lagi di Tournament Kilang Gula di SMT nanti.
Saya ada buat promosi Tournament tersebut di blog saya.

http://zoompanas2.blogspot.com/2009/04/gula-perlis-open-chess-challenge-2009.html