Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 5, 2009

Interview With Evan's First Coach


Lim Poay Sim(Evan's first coach)


NM Evan Timothy Capel

Evan Timothy Capel menang Kejohanan Catur Kebangsaan 2009 di Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur,Rabu(3 June).Kali terakhir Pulau Pinang mendapat kemenengan di Kejohanan Catur Kebangsaan ialah melalui Ronnie Lim pada tahun 2001. Kemenengan Evan pada hari Selesa menamatkan penantian itu dan menggembirakan keluarganya, pemain-pemain catur di Pulau Pinang, Persatuan Catur Pulau
Pinang dan guru-guru sekolahnya and jurulatih-jurulatih caturnya terutama sekali, jurulatih pertamanya :Mr Lim Poay Sim (digelar sebagai PS Lim). Dibawah ialah talipon temuduga di antara saya dan PS Lim selama 10 minit.

Syed :Hello Lim

PS Lim :Hey,Syed. Apa pasal?You tau tak Evan menjadi NM!

Syed :tahu lim,saja la I nak buat temuduga sikit dengan you boleh?

PS Lim :serius? Nak letak dalam blog ke?

Syed :Ya Lim,berkenaan bekas anak buah you

PS Lim :boleh,ok I try my best la

Syed :Firstly,Tahniah kerana bekas anak murid you telah berjaya memenangi salah satu pertandingan besar dan terbaik dimalaysia

PS Lim :Thank you syed.

Syed :Bila anda terima khabar yang Evan memenangi Kejohanan National Close?

PS Lim :Saya menerima sms daripada emak Evan(Anna) pada pukul 9 malam. Saya cukup gembira sekali tetapi untuk memastikan saya tidak mimpi, saya talipon Anna untuk mendengarnya sekali lagi. Dan memang betul berita baik itu! Dan saya pun mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada NM Evan.

Syed :I pun terkejut dengan pencampaian Evan sehingga mendapat title NM ni,boleh cerita tak sikit bila anda bermula melatih Evan.

PS Lim :NM Evan bermula belajar dengan saya pada akhir tahun 2004,
bulan sebelas(November) kalau tak silap.

Syed :Sekarang masih bersama Lim?

PS Lim :Tiada,Evan berlatih sendiri sekarang. Sekali-sekala, Saya masih ada beri nasihat atau berbincang catur
dengannya.

Syed :Apakah pencapaian pertama dia?

PS Lim :Soalan ini,saya rasa lebih baik tanya Evan. Tetapi saya percaya pencapaian pertamanya evan ialah
MSSPP 2006 di mana dia menjadi johan.

Syed :lain-lain pencapaian?

PS Lim :NM Evan menjadi Johan di Universiti Teknologi Petronas(UTP), Perak pada tahun 2008 di mana dia
mengatasi pemain-pemain handalan seperti Tan Khai Boon, Sumant,Nabil dan Fadzil.

Syed :I see,macam mana you dapat melatih anak murid you sampai dia boleh menjadi improve macam sekarang?

PS Lim :Penggunaan visual, audio dan kadang-kadang gerak-geri untuk merangsang pemain, berlatih daya ingatan
dan menghiburkan, dan lain-lain seperti jurulatih-jurulatih yang lain. Barangkali, kelebihan saya adalah dalam
bidang psikologi budak-budak di mana saya pernah belajar peringkat kanak-kanak, bagaimana mereka belajar, penggunaan
multiple-intelektual dan sebagainya.

Syed :Nampaknya you memang mempunyai teknik untuk mengajar dengan baik,selain Evan,siapa lagi?

PS Lim :Ada banyak juga, nama tak payah nak sebut tapi yang pasti anda akan dapat
melihat sebahagian daripada murid saya akan beraksi di Kejohanan Catur Kebangsaan kelak.

Syed :Ok,Lim kita nanti kita tunggu dan lihat sahaja... terima kasih lim

PS Lim :OK.sama-sama syed.semoga you pun berjaya dalam bidang coach dikedah dan Perlis dan juga jangan lupa jumpa kat Penang Open,ok?

Syed :I baru ja bermula Lim belum ramai macam you,OK lim nanti jumpa you kat Penang Open,thanks for your info and good luck for your coaching

PS Lim :Ok Syed thanks for your call.

No comments: