Blog Widget by LinkWithin

Monday, December 7, 2009

Kejohanan Catur KGFP-MSSPs


Diri Kiri Gambar Pemenang Juara Terbuka Abdul Khair bin Jusoh (MSSPs),Diikuti Syaifulzamani bin Ismail (KGFP)(Naib Juara)dan Ku Asyraf bin Ku Ismail(UiTM)(Tempat Ke 3)~ Click the image for larger view


Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) telah menganjurkan Kejohanan Catur KGFP-MSSPs pada 22 November 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Kangar Perlis. Kejohanan ini dilangsungkan secara 6 pusingan-Swiss dengan kawalan masa 30 minit. Tiada yuran penyertaan dikenakan dan mana-mana institusi yang mengambil bahagian layak menghantar seberapa ramai penyertaan.

Kejohanan ini telah disertai oleh 74 pemain yang rata-ratanya datang dari petugas-petugas Kilang Gula Felda Perlis, pelajar-pelajar MSSPs, kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi Mara Arau (UiTM Arau), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan pemain-pemain dari pelbagai institusi lain. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi mewujudkan liga catur mini khasnya di negeri Perlis dan utara Kedah. Pegawai-pegawai yang mewakili UiTM Arau, KMK dan PTSS telah menyuarakan minat untuk menganjurkan kejohanan sedemikian di masa akan datang.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:-

Johan Kategori Terbuka (Piala + RM100) - Abdul Khair bin Jusoh (MSSPs)
Naib Johan Kategori Terbuka (Piala + RM70) - Syaifulzamani bin Ismail (KGFP)
Tempat Ke-3 Kategori Terbuka (Piala + RM50) - Ku Asyraf bin Ku Ismail (UiTM)

Johan Kategori Wanita (Piala + RM30) - Noor Aieni binti Kasmadi (KMK)

Terbaik KGFP (Medal) - Md Faudzi bin Rashid
Terbaik UiTM (Medal) - Abdul Wafie bin Ishak
Terbaik KMK (Medal) - Azrul Syahmi bin Abd Razak
Terbaik PTSS (Medal) - Razuan bin Abd Razak
Terbaik Lelaki Sekolah Menengah (Medal) - Mohd Zakwan bin Ahmad Zalizan
Terbaik Lelaki Sekolah Rendah (Medal) - Ahmad Zahir bin Ahmad Zalizan
Terbaik Wanita Sekolah Menengah (Medal) - Adik Safarina
Terbaik Lelaki Sekolah Rendah (Medal) - Aimi Fathonah binti Mohd Sufian

Mana-mana institusi yang berminat untuk menyertai kejohanan sedemikian di masa hadapan boleh menghubungi Syaiful melalui email syaiful_asyraf@yahoo.com

Lain-lain Gambar dan keputusan Penuh: Click Here

No comments: