Blog Widget by LinkWithin

Monday, January 18, 2010

Terima Kasih pada pelawat-pelawat blog syedchess


Terima Kasih pada pelawat-pelawat blog syedchess

Semenjak setahun lebih Blog ini mula dikenali,hari demi hari pelawat blog ini semakin bertambah,Tujuan utama blog ini pada mulanya motif untuk memberi kesenangan serta mendapat maklumat sebaik mungkin kepada peminat-peminat catur di negeri-negeri sebelah utara,tetapi dengan sokongan serta penganjur-penganjur dari luar utara,blog ini akan cuba diluaskan lagi liputan bagi berita-berita catur di seluruh Malaysia pula,diharap diatas sokongan dari pelawat syedchess,saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk liputan kepada pelawat-pelawat syedchess blog,diharap teguran dan cadangan boleh diberikan kepada blog ini dengan menghatar email kepada saya untuk mengetahui kelemahan-kelemahan blog ini untuk diperbaiki,setakat ini peminat-peminat catur kawasan Kedah & Perlis sudah pun boleh mendapatkan peralatan catur,khidmat Arbiter dan Private Coaching,dengan menghubungi saya sendiri,insyallah di masa hadapan kalau masa dapat mengizinkan blog ini akan cuba mempunyai kelab sendiri bagi boleh menjalan aktiviti-aktiviti catur disebelah utara dengan bantuan dari pemain lain yang berpengalaman seperti Amri Ibni Hajar(Kawasan Sg Petani)Cikgu Marzuki Mat(Kawasan Perlis)dan lain-lain kawasan demi tujuan untuk menaikkan lagi taraf pemain-pemain catur disebelah utara bersama bantuan dari Persatuan Catur Negeri Kedah(Percak)dan Perlis(PCPP)

1 comment:

GiLoCatur said...

BRAVO & TAHNIAH SYED!

Keep up the hard work. Improve further. Insya Allah, hang berjaya ..

Bila lagi nak buat t-shirt ni ?? hehehehe

sama2 kita promote dan memajukan chess di negara ini!

rgds,
GiLoCatur