Blog Widget by LinkWithin

Thursday, May 27, 2010

Maklumat Mengenai Kejohanan MSSM dan Gula Perlis Challenge 2010


Venue bagi MSSM 2010 di Hotel Putra Palace Kangar Perlis


Kejohanan Catur MSSM 2010 akan diadakan dari 7 hingga 11 Jun 2010 di Negeri Perlis. Semua kontinjen negeri akan melaporkan diri pada 6 Jun 2010 dan diikuti dengan Mesyuarat & Taklimat Pengurus pada hari yang sama.
Kejohanan Catur MSSM akan berlangsung di Grand Ballroom,Hotel Putra Palace,Kangar dari 7 hingga 11 Jun 2010 dan akan diadakan sebanyak 7 pusingan.
Majlis perasmian penutupan kejohanan tersebut akan berlangsung pada 11 Jun 2010. Sehubungan dengan itu,
semua pemain catur MSSM 2010 berpeluang untuk menyertai Gula Perlis Open Chess Challenge 2010 pada 12 Jun 2010 disamping memenangi pelbagai hadiah hebat dan papan catur percuma yang direka khas untuk 200 peserta pertama. Tidak lupa juga 2 buah jam catur digital sebagai hadiah cabutan bertuah kepada para peserta.

Info:En Syaiful Zamani

No comments: