Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 29, 2010

PERLIS OPEN CHESS TEAM EVENT 2010@24 July 2010


Perlis Chess Academy dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) dan Persatuan Catur Prestij Perlis akan menganjurkan Perlis Open Chess Team Event 2010 pada 24 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Sekolah Menengah Putra, Kangar Perlis. Setiap pasukan akan mengandungi 3 pemain (tiada simpanan). Kawalan masa permainan adalah selama 30 minit bagi setiap pemain sebanyak 7 pusingan.


Penyertaan adalah terhad kepada 70 pasukan terawal sahaja!!!




Kriteria Pasukan Perlis (Sekolah/IPT/Senior)
Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu mendapat penarafan pasukan dari Perlis, semua anggota pasukan hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteria-kriteria berikut:-
1.Dilahirkan di negeri Perlis. Digit ke 7 dan ke 8 (kod negeri) pada kad pengenalan pemain mestilah 09.
2.Bermastautin di negeri Perlis pada tarikh kejohanan.
3.Bertugas di negeri Perlis pada tarikh kejohanan. Sila nyatakan tempat bertugas sewaktu menyempurnakan pendaftaran secara on-line.
4.Sedang menuntut di negeri Perlis pada tarikh kejohanan.

Pendaftaran Awal :Cara Untuk Mendaftar
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:-
1.Kreditkan bayaran yuran penyertaan ke akaun CIMB no. 0902-0136677-52-6 (SYAIFULZAMANI BIN ISMAIL). Simpan resit transaksi untuk rujukan sekiranya diperlukan oleh penganjur.
2.SMSkan Nama Pasukan, Nama Anggota-Anggota Pasukan, Tarikh Bayaran, masa Bayaran dan Jumlah Bayaran ke 013-3939838.
3.Selepas lima (5) hari, layari kembali laman web http://chessperlis.blogspot.com untuk menyemak status pendaftaran.

Maklumat Lengkap Serta Borang Kejohanan: Click Here

No comments: