Blog Widget by LinkWithin

Saturday, April 16, 2011

Perlis Open_30 April 2011 & Gula Open_1 May 2011

Peserta Yang Telah Mendaftar:
Click Here



Map Dewan Belia Kangar


Update Terkini Terbuka Perlis & Terbuka Kilang Gula Perlis 2011

Untuk makluman semua, venue Kejohanan Catur Terbuka Perlis 2011 (30 April) dan Gula Perlis Open ChessChallenge 2011 (1 Mei) telah ditukar dari Dewan Warisan ke Dewan Belia (di hadapan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar). Memandangkan ruang di venue tersebut agak terhad, maka penyertaan bagi setiap kejohanan terpaksa dihadkan kepada 200 peserta pertama sahaja. Para peserta disarankan agar menyempurnakan pendaftaran dengan kadar yang segera bagi mengelakkan kesulitan atau kemungkinan tidak dapat bermain pada hari kejohanan kelak.




Menarik!!!Senarai Hadiah Utama serta Cabutan bertuah bagi Terbuka Gula Perlis 2011 kali ini


Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis Ke-68, terdapat 2 kejohanan catur yang akan diadakan secara berturut-turut di negeri Perlis. Pada 30 April 2011, Perlis Chess Academy akan menganjurkan Kejohanan Catur Terbuka Perlis 2011.


En Syaiful Zamani


Manakala pada 1 Mei 2011 pula, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd akan menganjurkan Gula Perlis Open Chess Challenge 2011. Ke dua-dua kejohanan tersebut akan diadakan di Dewan Warisan, Kangar, Perlis (lokasi yang sama di mana kejohanan tahun lepas diadakan).

Bagi memudahkan para pemain catur dari luar Perlis menyertai kejohanan ini, pihak penganjur telah menempah asrama Jabatan Belia & Sukan Negeri Perlis dengan kadar sewaan serendah RM11 bagi malam pertama dan RM7 bagi malam seterusnya. Tempahan adalah bagi tempoh antara 29 April hingga 2 Mei sahaja. Tempahan boleh dibuat menerusi saya dengan mengkreditkan bayaran penginapan lebih awal. Tarikh tutup bagi tempahan Asrama Belia adalah pada 20 April 2011.

Manakala bagi peserta yang ingin menginap di Hotel Sri Malaysia, Kangar pula, kadar promosi sebanyak RM100 semalam (bilik standard) ditawarkan. Tempahan juga boleh dibuat menerusi kaedah yang sama dan tertakluk kepada kekosongan bilik.


Maklumat Lengkap serta Borang Kejohanan Terbuka Perlis 2011
Click Here


Maklumat Lengkap serta Borang Kejohanan Terbuka Gula Perlis 2011
Click Here



Info:Syaifulzamani bin Ismail
Tel :013-3939838

No comments: